Scania Menyerahkan New Truck Generation XT Pertama di Johor, Kepada MFJ Logistics
Scania menyerahkan New Truck Generation (NTG) XT G410A6x4NZ yang pertama di Johor kepada MFJ Logistics Sdn Bhd (MFJ). Penyerahan NTG XT ini bersama dengan Perkhidmatan Kontrak dan Scania Fleet Management System (FMS) Control 10 dan dibantu oleh Perkhidmatan Kewangan Scania. Scania Malaysia menyerahkan kunci kepada Mad Faisal Jamaluddin, Pengarah MFJ Logistics Sdn Bhd di premis MFJ di Pagoh. MFJ yang ditubuhkan pada 2014, memberi tumpuan kepada pengangkutan buah kelapa sawit yang dikutip setiap hari dari ladang pekebun kecil di sekitar Muar dan dihantar ke kilang penapisan minyak sawit untuk pemprosesan.
“Saya berkeyakinan penuh dengan jenama Scania dan percaya bahawa ia adalah jenama yang patut saya miliki bagi mengendalikan perniagaan pengangkutan saya. Dengan harga minyak sawit mentah pada tahap tertinggi, buah sawit yang akan diangkut semakin meningkat dan memerlukan trak yang boleh membawa muatan yang lebih berat. Dengan NTG XT, saya berkemampuan untuk memenuhi keperluan pengangkutan pekebun kecil lebih banyak berbanding sebelum ini,” kata Mad Faisal
Perkhidmatan Kontrak, dan Kewangan Scania yang komprehensif memberikan MFJ penyelesaian logistik secara menyeluruh dan ketenangan fikiran. Sehubungan itu, keuntungan dapat direalisasikan serta-merta dengan kos bulanan tetap dan boleh diramal, dengan mengetahui bahawa XT berada dalam kedudukan baik untuk menjamin uptime sambil menjana pendapatan melalui operasi perniagaan hariannya.
“MFJ akan menikmati penggunaan bahan api dan pelepasan CO2 yang terbaik, pengurangan yang menyumbang kepada keuntungan dan usaha kemampanan mereka sepanjang hayat trak itu,” kata Heba El Tarifi, Pengarah Urusan, Scania Asia Tenggara.
Scania NTG XT bersedia untuk menempuh cabaran yang paling sukar. Ia boleh disesuaikan untuk menahan persekitaran yang mencabar, memastikan uptime dan meningkatkan produktiviti, supaya MFJ menjalankan operasi yang menguntungkan. Memandu trak XT menunjukkan kualiti sebenar dan merupakan tanda keteguhan dan kuasa. Bumper XT memberikan perlindungan yang sangat baik untuk komponen di hadapan kenderaan, mengurangkan masa henti yang tidak diingini dan pembaikan ruang pemandu dan casis yang mahal manakala meningkatkan mobiliti dengan sudut pemacuan yang lebih besar.
Scania XT dilengkapi dengan perlindungan lampu depan dan lampu kabus bersepadu di bumper. Kelebihan trak ini mempunyai lampu yang boleh diyakini tidak pecah semasa memandu di persekitaran yang lasak. Tempat duduk boleh laras yang berdekatan dengan pintu, papan pemuka ergonomik, dan cermin depan yang besar dengan pandangan lanjutan memudahkan pemandu untuk beroperasi dalam persekitaran yang selesa dan selamat.
Melalui Kawalan Scania FMS Control 10, MFJ akan mendapat banyak manfaat dari segi maklumat dan pandangan. Daripada keperluan teras seperti kedudukan masa sebenar XT, melalui prestasi kenderaan, laporan alam sekitar, perancangan perkhidmatan dan laporan cacat sehingga kepada penilaian pemandu yang akan membantu MFJ dengan cepat mengenal pasti potensi peningkatan penggunaan kenderaan yang boleh dicapai melalui latihan dan bimbingan pemandu.
NTG XT juga dicipta khas dan direka bentuk untuk memberikan MFJ kecekapan bahan api yang lebih baik dan pelepasan CO2 yang lebih rendah kerana ia dilengkapi dengan rangkaian kuasa termaju dan penyelesaian aerodinamik yang memberikan 3% penjimatan bahan api yang lebih baik. Pra-set Mod Ekonomi lalai, dalam NTG XT yang disertakan dengan Opticruise, menjimatkan lebih banyak bahan api.
“Saya ingin mengucapkan tahniah kepada MFJ Logistics kerana menjadi syarikat yang pertama di Johor untuk merealisasikan pelaburan pintar dalam XT sebagai pilihan tepat untuk operasi perniagaannya dan sebagai rakan kongsi di Johor yang mengambil peluang daripada gabungan Perkhidmatan Kontrak dan Kewangan Scania yang mana akan memperolehi pulangan dengan lebih cepat dan tinggi ke atas pelaburannya,” tambah El Tarifi.