Heba Eltarifi adalah Pengarah Urusan baharu bagi
Scania Southeast Asia yang berpangkalan di Malaysia
Heba Eltarifi adalah Pengarah Urusan baharu bagi
Scania Southeast Asia yang berpangkalan di Malaysia. Beliau akan mengambil
alih peranan ini pada 1 Januari 2021, yang juga merupakan tahun Scania
Malaysia menyambut 50 Tahun Pertamanya di negara ini.
Mahir dalam perancangan dan pelaksanaan perniagaan strategik, pengurusan
pihak berkepentingan dalaman dan luaran, pengurusan operasi, serta
transformasi perniagaan dan proses, beliau telah membina pasukan
berprestasi tinggi dan mendorong budaya pencapaian dalam peranan
pengurusan kanan beliau sebelum ini sebagai Ketua Pegawai Kewangan
Scania Australia. Heba, yang bertanggungjawab mengurus bahagian
Kewangan serta Perolehan IT di Australia, dan juga untuk operasi komersial
seperti Jualan Trak Terpakai dan Penyewaan Trak, mempunyai pengalaman
luas dalam perniagaan ini sejak dua dekad yang lalu. Beliau memiliki Ijazah
Sarjana Muda Perdagangan, Diploma Program Pengurusan Eksekutif FEM dari
‘Stockholm School of Economics’ dan merupakan seorang Akauntan
Bertauliah.
Heba membawa bersamanya keghairahan, kecekapan dan komitmen kepada
peranan Pengarah Urusan di Scania Southeast Asia. Beliau yang sudah
berkahwin dan mempunyai seorang cahaya mata, gemar melancong,
membaca, mendengar muzik dan bersenam pada masa lapang.
“Scania akan terus menyokong sektor logistik, pembinaan dan perkhidmatan
awam, dengan membawa orang ramai dan barangan setiap hari di seluruh
rantau dan juga negara ini. Kami akan terus membantu pelanggan kami
mencapai keuntungan terbaik di samping memenuhi matlamat kelestarian
mereka,” kata Heba. “Sesungguhnya, tiada apa yang lebih mencabar daripada
kesan ekonomi yang dihadapi oleh pelanggan kami di seluruh rantau akibat
pandemik ini. Saya yakin saya dan pasukan saya akan terus maju dan muncul
lebih teguh berbanding sebelum ini demi pelanggan kami.”
Scania Southeast Asia adalah unit perniagaan yang beribu pejabat di Malaysia.
Ia menyokong pasaran Malaysia dan Singapura dengan pusat jualan dan
perkhidmatan yang khusus. Sokongan untuk pasaran Vietnam, Myanmar,
Filipina, Brunei dan Kemboja disediakan oleh peniaga swasta yang disahkan.
Scania memulakan operasinya di Malaysia pada tahun 1971 apabila trak LB110
Scania yang pertama tiba di Pelabuhan Klang untuk dihantar ke Kontena
Nasional. Trak pertama yang dipasang dalam negara, dan bas bandar
bertingkat rendah yang pertama telah dihantar pada tahun 1994. Kemudian
pada tahun 2006, Scania menghantar trak siri PGR yang pertamanya. Trak BDouble yang pertama tiba di Malaysia pada tahun 2012. Pada tahun 2013,
Scania Credit Malaysia menyediakan servis kewangannya yang pertama.
Tahun 2014 menyaksikan ‘Scania Assistance’ memulakan bantuan tepi jalan
24 jam sehari yang pertama dan ‘Fleet Management System’ diperkenalkan
buat kali pertama. Segala usaha Scania telah diiktiraf apabila ia merangkul
Anugerah Pengangkutan Bandar Lestari (Sustainable Urban Transport Award)
pada tahun 2017. Tahun 2018 pula menyaksikan pencapaian jumlah tertinggi
dalam penjualan kenderaan, termeterainya perjanjian dengan pelanggan
pertama Scania Ecolution, dan sekolah pertama diterajui oleh “Master
Sustainability by Scania”. Ini diikuti dengan penghantaran ‘New Truck
Generation’, iaitu pemenang anugerah ‘Trak Antarabangsa Terbaik’
(International Truck of the Year) pertama pada tahun 2019, dan trak Scania XT
ke Sarawak pada tahun 2020. Baru-baru ini, Scania Malaysia juga
mengumumkan bahawa pelanggan perkongsian Ecolution berjaya
mengurangkan jumlah pelepasan karbon dioksida (CO2) yang setara dengan
penanaman 10 000 pokok yang tumbuh mekar sepanjang tahun yang lepas.
“Saya akan meneruskan kepemimpinan Scania dalam memacu peralihan ke
arah sistem pengangkutan yang lebih mampan di rantau ini dan juga di
Malaysia. Ini akan dicapai dengan sentiasa meletakkan keuntungan dan
kemampanan pelanggan sebagai keutamaan kami,” kata Heba. “Saya juga
berbesar hati untuk berada di Malaysia pada waktu yang amat penting ini.
Saya pasti Scania dan pelanggan kami telah membina asas yang kukuh dalam
50 tahun pertamanya untuk kita terus melonjak ke dalam tempoh 50 tahun
akan datang dan selanjutnya.”