Pemandu Bas yang Puas Hati adalah Pemandu Bas yang Bahagia

Created: 17.July 2017

Baru-baru ini, penulis Asian Buses, Shee Mun, berpeluang bercakap dengan pemandu bas yang bersemangat, yang mempunyai pengalaman memandu kedua-dua bas satu tingkat dan dua tingkat di Cyberjaya Transport Terminal. En Khairulnizam, seorang pemandu bas menyukai kerjanya mempunyai pengalaman selama 10 tahun bekerja dalam industry, sedang bekerja dengan Dedicated Transport System. Dalam temuduga satu jam ini, Khairulnizam tidak dapat menyembunyikan betapa dia menyukai kerjanya sebagai pemandu bas.



“Saya memulakan kerjaya sebagai pemandu bas lebih kurang sepuluh tahun lalu, sebelum memulakan kerja di syarikat sekarang; saya bekerja sebagai pemandu untuk Rapid Bus selama 5 tahun. Saya juga amat gembira bekerja sebagai seorang pemandu bas yang dapat memandu berbagai model bas seperti Scania, Volvo, Hino dan banyak lagi. Pengalaman ini menjadikan saya gembira dan puas hati, yang saya anggap sebagai suatu pencapaian dalam kerjaya saya.”

“Selain kerja saya, saya suka menerokai dan belajar tentang model-model daripada jenama berbeza. Oleh itu, saya sentiasa suka untuk menghadiri expo kenderaan perdagangan dan acara berkaitan, seperti yang saya hadiri di The Mines Convention Centre dua tahun yang lalu. Ia merupakan pengalaman yang bagus untuk saya.”

Dia menekankan bahawa, menjadi seorang pemandu, keselamatan di atas jalan raya adalah keutamaan baginya, kerana ia adalah tanggungjawab dirinya untuk memastikan keselamatan kesemua penumpang.

“Kadang kala, ia boleh menjadi tekanan untuk pemandu ketika mengendalikan bas, terutamanya ketika waktu sesak kerana bas sangat penuh dengan penumpang dan trafik sangat sibuk. Contohnya, ketika waktu sesak, sebuah bas dua tingkat boleh membawa 66 hingga 69 penumpang pada satu masa, dan ia menjadi tanggungjawab pemandu untuk memastikan keselamatan kesemua mereka.”

Menceritakan tentang cabaran biasa yang beliau hadapi di tempat kerja, dia berkata, terdapat banyak perkara yang dia risaukan sebagai pemandu bas. Ini termasuklah masalah titik buta, keadaan dan cuaca jalan dan sebagainya.

“Jadi, untuk mengelakkan sebarang kemalangan, kita hanya perlu menjadi lebih sedar dan berjaga-jaga di atas jalan raya.”

Selain memastikan keselamatan dan keselesaan penumpang, pemandu bas dua tingkat juga mesti mengambil kira tentang dinamik berubah ketika mengendalikan kenderaan tersebut sewaktu perjalanan.

“Selalunya, penumpang akan lebih suka untuk duduk di tingkat atas, menjadikan pemandu merasakan bahawa kenderaan itu kurang seimbang. Pada keadaan itu, pemandu perlu memandu, memecut dan membrek dengan perlahan, supaya kesan inertia kepada penumpang tingkat atas tidak terlalu kuat. Membrek dengan kasar boleh menyebabkan kecederaan kepada penumpang yang jatuh.”

“Pada masa yang sama, ketika memandu bas dua tingkat, berat pusat bas tersebut adalah lebih tinggi daripada bas satu tingkat. Ketika pemandu mula menggerakkan kenderaan, dia akan merasakan impaknya serta-merta. Namun, selagi pemandu mengetahui bagaimana mengendalikan bas itu dengan efisien dan sentiasa berjaga-jaga, dia akan baik-baik sahaja.”

Ditanya tentang nasihat kepada pemandu baru, Kharulnizam berkata, bekerja sebagai pemandu bas adalah kerjay yang memerlukan kesabaran dan ketenangan.

“Apapun yang berlaku sepanjang jalan, contohnya, jika terdapat penumpang yang bergaduh di dalam bas atau sebarang insiden yang menggangu tumpuan, pemandu mesti sentiasa tenang dan meletakkan keselamatan di tempat utama.”

Menyifatkan bagaimana dia merasakan tentang kerjayanya, Kharulnizam berkata bahawa, walaupun orang mungkin menganggap kerja sebagai pemandu bas kurang baik dan meletihkan, dia sangat gembira dengan kerjayanya.

“Malahan, kerja sebagai pemandu bas tidaklah seburuk apa yang orang mungkin fikir berkenaan dengan masa kerja tidak tentu, bekerja dengan masa panjang dan shif. Dalam syarikat kami, kami memberikan servis pengangkutan tengah malam kepada pelanggan yang ingin menuju ke Seremban daripada Cyberjaya. Untuk memastikan keselamatan pemandu dan pelanggan, jika pemandu merasa letih selepas perjalanan panjang selama beberapa jam, dia boleh merehatkan diri sebelum perlepasan seterusnya kerana permintaan untuk bas atau servis koc tengah malam adalah tidak begitu tinggi.”

“Buat saya pula, saya diberikan cuti pada hujung minggu, ini membolehkan saya meluangkan masa bersama ahli keluarga dan kawan-kawan. Di samping itu, saya puas hati dengan semua kelebihan yang diberikan oleh syarikat; paling penting adalah kami mempunyai keluarga pekerja yang baik. Contohnya, kadang kala syarikat kami akan menganjurkan acara seperti kejuaraan bola atau sesi karaoke, yang menolong menguatkan perhubungan di kalangan pekerja, dan kami sangat seronok dengannya.”