Microsleep Boleh Membunuh

Created: 10.April 2018

Dalam industri pengangkutan seperti lori dan bas ekspres, operasi tidak berhenti. Muatan perlu dipunggah sepanjang hari maka treler juga berada di jalan raya 24 jam. Sementara untuk bas ekspres, terdapat perjalanan semalaman yang membawa sekitar 40 penumpang di seluruh negara.

Untuk ini, pemandu-pemandu bekerja dalam syif yang kerap berubah. Bayangkan situasi ini: Ali bekerja pada peralihan pagi selama tiga hari berterusan dan keesokannya, dia menggantikan peralihan malam Muthu dan ini mengganggu pola tidur Ali. Sekiranya ini berlaku dalam tempoh masa yang panjang, ia akan mengganggu corak tidur Ali, dikenali sebagai masalah "circadian rhythm." Menurut sleepfoundation.org, circadian rhythm adalah jam dalaman 24-jam yang berjalan di latar belakang otak kita dan kitaran antara mengantuk dan waspada pada selang waktu yang tetap. Ia juga dikenali sebagai kitaran tidur/bangun.



Pekerja syif seperti pemandu lori dan bas mempunyai risiko gangguan circadian rhythm yang lebih tinggi. Mengganggu corak yang normal boleh menyebabkan kekurangan tidur, keletihan, dan mengantuk siang hari. Mereka yang mengalaminya juga berisiko membuat keputusan yang salah, masalah dengan kewaspadaan, dan sukar memberi tumpuan.

Circadian rhythm yang terganggu adalah salah satu punca "microsleep" (tidur mikro). Dalam microsleep, otak anda "tutup suis" selama beberapa saat walaupun mata anda terbuka dan tangan memegang stereng. Kebanyakan orang tidak menyedari bahawa sebahagian otak boleh tidur sementara sebahagian lagi terjaga. Oleh itu, anda mungkin dapat mengekalkan kaki pada pemecut dan membuat beberpa belokan tetapi anda tidak mempunyai kemampuan sepenuhnya untuk membuat keputusan. Hanya sesaat microsleep boleh membawa maut.



"Hipnosis lebuh raya" adalah sejenis microsleep di mana pemandu berkhayal apabila memandu untuk tempoh yang panjang. Di sini, pemandu terjaga dan terus melakukan aktiviti memandu tetapi tiada memori tentangnya dan tidak sedar akan masa yang telah berlalu.

Terdapat juga Sindrom Sopite di mana pemandu akan mudah rasa mengantuk apabila berada dalam persekitaran pengangkutan. Situasi ini boleh menjadi lebih teruk apabila kekurangan tidur, tidur terganggu serta keletihan fizikal.

Pemandu lori tangki petroleum, Kaspul Anwar Abdul Karim dari Pulau Pinang pernah memberitahu saya bahawa microsleep adalah salah satu perkara yang paling ditakuti di kalangan pemandu. "Kami paksa diri untuk tidur dan rehat secukupnya untuk elak keletihan. Kami bimbang akan microsleep di mana kami akan memandu secara separuh sedar dan sampai ke destinasi tanpa menyedari keseluruhan proses memandu atau persekitaran," katanya.

Kaspul berkata di tempat kerjanya, pemandu dikehendaki mengisi borang pengisytiharan tidur. "Pemandu perlu tidur secukupnya sebelum memandu. Jika mereka tidur kurang dari enam jam, mereka tidak dibenarkan memandu," katanya.

Walau bagaimanapun, terdapat ramai pemandu yang sengaja berbohong dalam buku log untuk mendapatkan lebih banyak tugas pada hari itu. Di Amerika Syarikat, para doktor telah memberi amaran bahawa kehilangan tidur selama satu malam adalah sama dengan mabuk.

Terdapat banyak laporan mengenai kemalangan maut di seluruh dunia yang disebabkan oleh pemandu yang tertidur. Pada 17 Julai 2012 di New Zealand, seorang pemandu terbunuh apabila traknya merempuh sebuah bangunan pada kira-kira jam 3.30 pagi. Beliau didapati telah bekerja sejak 4.30 petang dan koroner memutuskan bahawa dia mungkin tertidur akibat keletihan.

Pada bulan Jun 2014, microsleep mendapat tumpuan di Amerika Syarikat apabila trak Wal-Mart merempuh kereta di mana pelakon terkenal Tracy Morgan tercedera dan rakannya terbunuh. Siasatan dapati bahawa pemandu lori telah terjaga lebih dari 24 jam pada masa kemalangan.

Menurut sebuah kaji selidik pada tahun lepas, 9 peratus pemandu Australia mengaku pernah mengalami microsleep. Pada bulan Januari tahun ini, seorang lelaki berusia 21 tahun terbunuh di Sheffield, England. Dia mangalami microsleep apabila keretanya merempuh sebuah van penghantaran.

Di Malaysia, kemalangan lori dan bas pada awal pagi bukanlah berita baru. Terlalu banyak kematian yang boleh dielakkan. Pemandu memandu laju untuk terus berjaga, mereka memaksa diri demi gaji dan pekerjaan.

Antara kemalangan terbaru di negara ini termasuk bas ekspres dari Johor Bahru ke Kuala Lumpur pada Disember 2016, di mana 14 orang terbunuh dan 16 yang lain cedera ketika bas jatuh dari tebing. Pada Oktober 2017, jam 6 pagi, lapan orang mati dalam kemalangan di Juru manakala sebulan kemudian, 19 cedera dalam kemalangan pada jam 5 pagi di lebuh raya PLUS. Walaupun pihak polis sering memetik "hilang kawalan" sebagai sebab kemalangan, kita tidak boleh nafikan kejadian microsleep dalam salah satu kemalangan tersebut. Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai dilaporkan mengatakan bahawa cadangan untuk memasang lebih banyak ciri keselamatan di dalam bas perlu dipertimbangkan.

Rio Tinto, sebuah syarikat perlombongan di London dan Australia, telah menggunakan "Smart Cap," topi besbol yang dapat mengukur gelombang otak dan memberitahu pemandu tahap keletihan mereka. Pada tahun 2014, syarikat Caterpillar Safety Services, telah memperkenalkan "Cat Smartband," alat seperti Fitbit yang menyumbang data ke dalam program perisian dan memberitahu apabila seorang pemandu mengalami keletihan. Dengan teknologi ini sudah tersedia selama beberapa tahun, saya rasa sudah tiba masanya kerajaan Malaysia mempertimbangkan alat yang serupa bukan sahaja untuk industri pengangkutan tetapi juga untuk kenderaan pengguna umum.

Ramai pemandu telah merasakan diri mereka mengantuk, kemudian segar semula seketika apabila terdapat tendangan adrenalin, tetapi mereka mungkin mengantuk semula dalam masa beberapa minit.

Berikut adalah cadangan untuk mengelakkan microsleep:

$· Pastikan anda berehat dan berasa segar sebelum memulakan perjalanan.

$· Rehat sekurang-kurangnya setiap dua jam jika memandu jarak jauh atau untuk tempoh yang lama.

$· Elakkan memandu di antara dua masa puncak mengantuk, iaitu antara 3 pagi dan 5 pagi dan antara 2 petang dan 4 petang.

$· Turun untuk berehat atau tidur di tempat yang selamat. Rancang perhentian semalaman jika perlu. Terdapat hotel bajet di perhentian R&R.

$· Tukar pemandu jika boleh.

$· Berhenti untuk kopi jika ia adalah panduan singkat namun kafein tidak akan berkesan untuk semua orang dan hanya berkesan terhadap keletihan pada jangka pendek.

$· Sekiranya anda memakan ubat, dapatkan nasihat daripada doktor atau ahli farmasi sama ada anda boleh memandu atau tidak.