Para pekerja Swift Haulage Sdn Bhd  baru-baru ini telah mengikuti kursus pertolongan cemas Bersama St. John Ambulance Malaysia. Kursus satu hari itu telah diadakan di Swift Haulage Pelabuhan Klang dan dikendalikan oleh Jurulatih Pertolongan Cemas Korporat, Tan Yeong Kwan.Menurut Tan, kemahiran pertolongan cemas adalah penting bagi orang ramai tetapi secara khusus, penting bagi pemandu-pemandu lori kerana mereka sentiasa berada di atas jalan raya Bersama pengguna-pengguna lain, di mana kemalangan sering berlaku. Dengan kemahiran pertolongan cemas, pemandu lori boleh memberi bantuan awal sebelum ambulans tiba. “Bantuan pernafasan, atau lebih dikenali sabagai CPR, adalah bantuan yang paling biasa diperlukan oleh mangsa kemalangan, dan antara kemahiran yang paling asas dalam pertolongan cemas. Apabila seseorang itu tidak bernafas, nyawanya dalam bahaya. Dia hanya mampu bertahan selama empat minit tanpa bernafas sebelum mengalami kerosakan otak,” katanya.Walaupun sambutan dari pihak Swift adalah memuaskan dalam kursus itu, sekali sahaja tidak mencukupi bagi melengkapkan seseorang dengan kemahiran pertolongan cemas. Kata Tan, seperti kemahiran-kemahiran lain, latihan pertolongan cemas perlu diulang sekurang-kurangnya sekali dalam setahun. Tan yang telah menjadi jurulatih di St. John Ambulance sejak tahun 1999, menggunakan kaedah simulasi dalam latihannya.Antara kandungan kursus itu termasuk memantau tanda-tanda penting seperti kadar nadi dan kadar pernafasan, tindakan semasa kecemasan, menelefon untuk bantuan, kotak bantuan kecemasan dan pengendalian mangsa. Para peserta belajar cara-cara melakukan CPR dan tindakan apabila mangsa tercekik. Untuk situasi luka atau pendarahan, para peserta diajar cara-cara membalut luka, membalut pendarahan yang teruk, amputasi dan bagaimana menangani objek asing dalam luka.

Mereka belajar tentang luka atau lecur yang disebabkan oleh bahan kimia atau elektrik, patah tulang dan kehelan (lengan, kaki dan tulang belakang), pengendalian situasi asma, serangan jantung dan pengsan, dan kecederaan semasa bersukan.Mereka belajar tentang luka atau lecur yang disebabkan oleh bahan kimia atau elektrik, patah tulang dan kehelan (lengan, kaki dan tulang belakang), pengendalian situasi asma, serangan jantung dan pengsan, dan kecederaan semasa bersukan.
Salah seorang pemandu trak Swift berkata, kemahiran yang dipelajari hari itu tidak dapat dinilai kerana ia boleh digunakan bukan sahaja untuk menyelamatkan pengguna jalan raya tetapi orang di sekelilingnya pada umumnya. "Sekiranya kemalangan dan kecederaan berlaku, tanpa kemahiran pertolongan cemas, saya hanya akan menunggu para paramedik tiba dan ia boleh mengambil masa yang lama. Sekarang, saya boleh beri sekurang-kurangnya beberapa bantuan asas.”


Kursus pertolongan certama ini telah ditaja oleh Mercedes-Benz Malaysia Sdn Bhd. Eksekutif Pemasaran Komunikasi, Nini Ho Li Min berkata program ini merupakan sebahagian daripada inisiatif Pengurusan Hubungan Pelanggan (CRM) dan Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) Mercedes-Benz. Swift Haulage dipilih kerana ia adalah salah satu pelanggan terbesar Mercedes-Benz.


"Selain mengukuhkan hubungan kami dengan Swift, ia juga merupakan CSR bagi pemandu kerana mereka berada di jalan sepanjang masa. Dengan kemahiran yang dipelajari, mereka kini boleh menyelamatkan diri sendiri dan juga orang lain. Sekarang jika mereka menghadapi bahaya, mereka dapat menanganinya. Dalam kemalangan, bantuan terkecil juga dapat menyelamatkan nyawa, " kata Ho lagi.
Para peserta juga telah menerima kemeja-t dan topi Mercedes-Benz sebagai tanda penghargaan.