Siang Malam Travel Mendapatkan Dua lagi Bas Marcopolo

Created: 14.December 2012

Untuk sentiasa berada di hadapan dalam dunia bisnes, sesebuah operasi bisnes perlu mengambil langkah dan keputusan yang akan mengembangkan faktor penyumbang utama kepada keuntungan tahunannya.

Atas sebab ini, Siang Malam Travel & Express Sdn Bhd, sebuah syarikat pelancongan dan persiaran telah mengambil langkah membesarkan lagi armada basnya dengan menambah dua lagi bas Marcopolo daripada Scania. Syarikat tersebut juga adalah yang pertama di Malaysia yang telah memberikan kepercayaannya kepada bas Marcopolo ini untuk membawa dan mengangkut pelanggan mereka yang terdiri daripada pelancong. Kualiti premium dan suasana ekslusif yang terdapat pada bas Marcopolo telah berjaya, menurut kata-kata Pengarah Urusan Siang Malam, menjadi suatu game-changer yang menjadi teras kepada operasi bisnes pelancongan Siang Malam Travel & Express:



"Kami cukup yakin untuk menjadi syarikat pertama yang membeli dan mencuba kemampuan bas persiaran premium Scania Marcopolo ketika ia mula-mula dilancarkan. Kemudian, kami melabur untuk memiliki dua unit lagi agar kami dapat terus bersaing dan kekal sebagai peneraju pasaran kerana ia pastinya akan mempertingkatkan tahap perkhidmatan bas persiaran ke peringkat baru," ujar Pengarah Urusan Siang Malam, En. Kee Kim Yong..

Sebagai pelanggan yang gembira, syarikat Siang Malam adalah contoh terbaik bagi menggambarkan kepuasan pelanggan yang kembali kepada Scania untuk mendapatkan tawaran produk yang disediakan; dan sememangnya, bas Marcopolo dapat menawarkan yang terbaik sebagai jentera yang unggul. Majlis penyerahan ini telah menguatkan lagi imej Marcopolo, sebagai suatu pengaruh besar dalam industri pelancongan negara.

"Dari segi keselesaan penumpang dan kecekapan operasi, kami mendapati bahawa Scania Marcopolo merupakan kenderaan yang perlu kami miliki kerana ia mendapat maklumbalas yang amat baik daripada para penumpang terutamanya dari segi keselesaan dan keselamatan, serta juga kadar pengunaan bahan api ekonomi," ujar Kee selanjutnya.

Ini bukan sahaja menunjukkan betapa besarnya impak keselesaan dalam pemilihan syarikat persiaran dan pelancongan bagi seseorang pelancong, tetapi juga, ia menggambarkan bahawa suasana di dalam bas bagi pelancong sangatlah intim.

"Kami berasa amat teruja untuk terus membekalkan lebih banyak Scania Marcopolo kepada Siang Malam yang dibiayai oleh Scania Credit," ujar Marie Sjödin Enström, Pengarah Urusan bagi Scania Asia Tenggara. "Apabila ia melibatkan keperluan pengangkutan, pelanggan kami sentiasa mencari penyelesaian yang lengkap dan sempurna. Bas persiaran premium ini dilengkapi dengan bahan pembinaan luaran dan dalaman berkualiti tinggi, disempurnakan dengan prestasi keselamatan yang mantap serta tahap keselesaan yang unggul, semuanya demi memenuhi kehendak pelanggan.

Scania Marcopolo boleh ditempah, diservis dan diselenggara di suatu pusat iaitu di Scania Malaysia.Marcopolo sendiri adalah suatu pakej bas yang direka dengan falsafah bagi memudahkan segala urusan daripada menempah kepada memlikinya, serta menggunakannya. Ini menjadikan pertukaran bisnes antara Scania dan pembeli Marcopolo sangat mudah dan produktif. Tambahan pula, masa penghantarannya lebih pendek serta masa operasinya lebih panjang kerana pusingan servisnya lebih komprehensif. Rangka Marcopolo menawarkan kekuatan yang bermutu, menjadikan badan bas persiaran ini lebih ringan dan kukuh, memberikan ruang simpanan bagasi lebih luas serta menjimatkan pengunaan bahan api lantas meningkatkan keuntungan.