Perubahan Kerjaya yang Besar Bukan Pilihan Untuk Yang Lemah Hati

Created: 20.July 2017

Sebagai serorang bekas pemandu trak telah berkerja lebih daripada 10 tahun, Ahmad telah bertukar pekerjaannya daripada memandu trak kepada memandu bas secara lancar. Apakah yang diperlukan bagi seseorang yang telah biasa memandu trak bertukar kepada memandu bas?

Baru-baru ini, penulis Asian Buses Shee Mun berpeluang untuk menemu-ramah dengan seorang pemandu bas yang berpengalaman dalam memandu bas dan juga trak di Segamat, Johor. Mat Noor Ahmad yang berusia 49 tahun, iaitu pemandu bas dari Cepat Express Sdn Bhd, adalah seorang yang rendah hati dan ceria. Sebelum berkerja sebagai pemandu bas, Ahmad adalah seorang pemandu trak mempunyai pengalaman yang agak lama dalam bidang pengakutan komersial.

“Sebelum ini, saya telah berkerja sebagai pemandu trak selama 12 tahun yang dulu berkerja dekat Port Klang. Berbanding dengan kerjaya dulu , saya amat berpuas hati dengan perkerjaan saya sebagai seorang pemandu bas sekarang, memandangkan masa kini waktu kerja dan rehat saya adalah lebih teratur dan kurang letih . Sementara itu, berbanding dengan memandu trak secara beseorangan, saya menikmati temanan penumpang bas dalam masa perjalanan.”

Berkongsi tentang pengalaman kerjaya beliau, Ahmad menegaskan bahawa, dalam menjalani tugas harian beliau untuk membawa penumpang ke tempat destinasi yang berjarak jauh , keutamaan aspek keselamatan, terutamanya cara pengendaliannya terhadap masalah keletihan selepas perjalanan jangka panjang adalah sangat penting bagi seseorang pemandu bas seperti beliau.

“ Buat masa ini, saya biasanya bertugas untuk laluan melibatkan perjalanan dari Segamat ke Termeloh atau sebalikya yang mengambil masa lebih kurang 12 jam, iaitu dah setengah hari bagi perjalanan pergi dan balik. Padahalnya, masalah keletihan selepas memandu selama beberapa jam tanpa berhenti adalah satu masalah atau cabaran yang dihadapi dan diatasi oleh setiap pemandu bas .

“ Berbeza dengan memandu trak berseorangan, disebabkan kita membawa penumpang bas yang ramai, memastikan keselamatan semua penumpang memang adalah tanggungjwab tanggungjawab saya sebagai pemandu bas. Jadi, biasaya untuk perjalanan jangka panjang, selepas kita sampai di tempat destinasi, saya akan mendapat rehat yang secukupnya di tempat perhentian R &R sebelum mula memandu untuk perjalanan balik.”

Menghuraikan cabaran lain yang beliau hadapi dalam tugas harian, Ahmad menerangkan, selain daripada isu keletihan, banyak lagi pertimbangan yang perlu diambil kira ketika memandu bas. Pertimbangan-pertimbangan tersebut adalah seperti masalah titik buta kenderaan, keadaan jalan raya dan cuaca, dan juga sebagaiya.

“Ketika memandu bas, kita mestilah senrtiasa memperingatkan diri tentang keselamatan penumpang dalam sepanjang masa perjalanan. Untuk mengelakkan sebarang kemalangan, kita haruslah sentiasa memandu dengan cermat dan berhemah .”

Ditanya tentang perbezaan dan cabaran dalam memandu bas dan trak, Ahmad menjawab, berbanding dengan pemandu trak, kekerapan interaksi pemandu dengan pihak penumpang adlah lebih tinggi, kadang-kala ini juga adalah sesuatu tekanan kerja bagi pemandu bas.

“Di samping itu, cara memandu bas memang berbeza dengan menandu trak , dari segi kelajuan kenderaan, kawasan kerja, dan interaksi social dengan orang dalam masa perjalanan. Walaubagaimanpun, saya pun telah membiasakan diri dengan masalah sebegini, dan saya akan memuaskan keperluan dan permintaan penumpang-penumpang ini dengan sedaya-upaya dan menjadi seorang yang lebih bertoleransi. Pada masa yang sama, saya suka bersembang dengan penumpang-penumpang dalam masa perjalanan, sebab perbualan sedemikian menjadikan perjalanan kita lebih seronok.”

“ Sebagai seorang yang suka melancong, saya memang gembira dengan kerjaya saya sebagai seorang pemandu bas sekarang, sebab saya dapat boleh dapat gaji bulanan dari kerja sementara berpeluang melawati tempat yang berlainan pada waktu kerja.